18 May 2011

::PERIBAHASA TERBARU: REZEKI SECUPAK JADI SEGANTANG::

“Rezeki secupak tidak akan jadi segantang”

Doktrinasi azali.
Pemusnah sebuah harapan.
Pintu kepada putus asa
Ruang kepada pemikiran sempit.
Tembok penghalang kejayaan.

Demikianlah yang penulis rasakan berkenaan peribahasa ini. Salah satu agenda yang menyekat anak melayu daripada terus mengecapi kemajuan dan kejayaan. Sungguh kolot dan tidak bermaruah sesiapa yang menggunakan peribahasa ini sebagai prinsip hidupnya.

Ketahuilah bahawa rezeki itu adalah milik Allah SWT dan hanya Dialah yang mengaturkannya kepada semua makhluk ciptaan-Nya. 

Sesungguhnya jika Allah mengkehendaki sesuatu kepada mu, ketahuilah bahawa tidak aka nada tangan yang dapat menghalangnya. Dan sekiranya Allah menyekat sesuatu daripada mu, maka ketahuilah bahawa ia tidak akan dapat dihulurkan oleh mana-mana tangan sekalipun.

Oleh itu, sentiasalah berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT. Dan ingatlah peribahasa yang penulis bari cipta ini

Rezeki secupak tentu boleh menjadi segantang
(
ada sesiapa yang boleh fikirkan peribahasa yang lebih sedap sikit tak...hehe)

Ya! Memang benar. Rezeki secupak memang boleh jadi segantang!

Tidak percaya? 

Jika tidak percaya, ketahuilah bahawa Allah tidak akan memungkiri janjinya...

Inilah dalilnya yang membuktikan bahawa rezeki boleh jadi segantang..
 
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"
Surah Ibrahim ayat 7

No comments:

Post a Comment