20 April 2010

Amal mana yang Allah redha nie?


Assalamualaikum dan salam tarbiah buat teman,

Selama kita menunaikan solat,melakukan ibadah, amal ma'ruf nahi mungkar, sesungguhnya kita sendiri tidak pasti diantara kesemua amalan yg kita laksanakan, manakah amalan yang kita lakukan itu mendapat redha dari Allah,diterima oleh Allah.


Adakah solat kita? sedekah? berzikir? teringat ana pada kisah yg terkenal yg pasti acap kali didengari oleh para sahabat. Kisah pada zaman-zaman dahulu seorang pelacur msk syurga kerana amal memberikan makanan kepada anjing yg kelaparan..

Sahih atau tidak cerita ini? Yang penting seharusnya kita menyedari bahawa Allahlah yg menentukan siapa yg dimasukkan kedalam syurga yg mendapat redha Allah..

Doalah banyak-banyak, lakukan amal kebajikan banyak-banyak, kerana tidak pasti mana satu amalan yang menjamin kita masuk kedalam syurga, jangan lepaskan walau sekecil-kecil amalan yang boleh dilakukan demi mendapat redha Allah.. dan berdoalah agar amalan kita diterima Allah..




dari laman: http://syawqahwarda h.blogspot. com/2010/ 04/memilih- dalam-beramal. html

moga Allah redha denganku

bismillah..

"eh,ustaz.. sila lah duduk. saya dan ajk lain boleh susun kerusi ni", pinta ajk program. pelik melihatkan seorang ustaz yang sepatutnya memberi ceramah, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa program untuk menyusun kerusi sebelum majlis bermula.

"takpa, biarlah saya bantu. saya pun tak tahu amalan saya yang mana Allah redha", pinta penceramah.

mendengar kisah di atas dari seorang sahabiah membawa saya berfikir jauh. ringkas ayat sang ustaz tapi menusuk. apakah kita tahu, amalan kita yang mana satu Allah redha? amalan kita yang manakah menjadi pemberat mizan hasanah di Hari Kebangkitan?

semalam, sekali lagi saya mendengar kisah berbeza dengan tema yang serupa. kisah seorang kaya bernama Abdullah Bin Ja'far daripada ustaz saya di sini.

sedang Abdullah Bin Ja'far berjalan-jalan, dia ternampak seorang kanak-kanak membaling roti kepada sekumpulan anjing. kanak-kanak itu adalah seorang hamba yang hitam kulitnya. Abdullah merasa hairan dan bertanya, mengapakah dia memberi roti kepada anjing-anjing itu?

budak itu menjawab, di tempat ini sepatutnya tidak akan ada anjing. jika ada anjing yang sampai ke sini, pasti anjing itu telah berjalan jauh dan kelaparan. maka, sebab itulah kanak-kanak itu membaling sebuku roti. melihatkan anjing-anjing yang makan dengan lahap, dia baling sebuku lagi sehingga habis buku roti yang ketiga.

Abdullah kemudian bertanya, apakah yang budak itu makan? budak itu menjawab, roti-roti itulah pemberian tuannya kepada dia dan hari ini dia tidak makan dan berpuasa. mendengar jawapan hamba kecil itu, terdetik di hati Abdullah akan betapa dermawannya seorang hamba. beliau kemudian membeli kanak-kanak tersebut dan memerdekakannya serta menghadiahkan kebun tempat hamba kecil itu bekerja. inilah contoh amalan yang berkat dan Allah melipatkaliganda rezeki si hamba tadi.


kita tak tahu apakah qiyamullail, solat sunat atau puasa sunat kita yang Allah redha? mana tahu salam yang kita sebarkan, seringgit yang kita dermakan ke tabung surau atau sampah yang kita kutip di jalan yang Allah lebih redha? saya di ingatkan lagi hari ini.. jangan memilih dalam beramal. niatlah beramal dengan tujuan yang satu, "moga Allah redha denganku.

P/S: Copy from remaja masjid yahoo group

No comments:

Post a Comment