26 June 2011

::WANITA TANPA GINCU::




Nantikan penampilan istimewa daripada Kumpulan nasyid terbaru "NAEEM" dengan lagu baru mereka

13 June 2011

::ERTI SEBUAH KEBAJIKAN::


Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
(Surah Al-baqarah: ayat 177)

                                                                                                                                                                    

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Qatadah menerangkan tentang kaum Yahudi yang menganggap bahwa yang baik itu shalat menghadap ke barat, sedang kaum Nashara mengarah ke timur, sehingga turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 177).
(Diriwayatkan oleh Abdur-razzaq dari Ma'mar, yang bersumber dari Qatadah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Abil 'Aliyah.)



Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa turunnya ayat ini (S. 2: 177) sehubungan dengan pertanyaan seorang laki-laki yang ditujukan kepada Rasulullah SAW tentang "al-Bir" (kebaikan). Setelah turun ayat tersebut di atas (S. 2. 177) Rasulullah SAW memanggil kembali orang itu, dan dibacakannya ayat tersebut kepada orang tadi. Peristiwa itu terjadi sebelum diwajibkan shalat fardhu. Pada waktu itu apabila seseorang telah mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abduhu wa rasuluh", kemudian meninggal di saat ia tetap iman, harapan besar ia mendapat kebaikan. Akan tetapi kaum Yahudi menganggap yang baik itu ialah apabila shalat mengarah ke barat, sedang kaum Nashara mengarah ke timur.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir yang bersumber dari Qatadah.)

Sumber daripada sini

12 June 2011

::ANTARA MASJID & AKADEMI FANTASIA::

Assalamualaikum
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur’an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan
(Surah Ankabut: ayat 45)

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Siapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya."
(Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)


KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA 9

Bagi pengetahuan semua, konsert akhir Akademi Fantasia 9 akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Presaint 3, putrajaya (boleh rujuk sini).



Mengikut ingatan saya, dataran tersebut jaraknya tidak sampai 100 meter lebih dari Masjid Besi Putrajaya. buktinya adalah gambar google ini..
(kedudukan masjid besi putrajaya dari dataran putrajaya)

(perhatikan corak lantai)

(Pandangan atas..sama bukan corak lantainya..)

Malam ini akan menentukan bagaimana sikap dan reaksi penduduk Malaysia terhadap solat mereka? Sekiranya mereka yakin akan solat mereka, maka akan timbul rasa bersalah & tanda tanya jika mereka menghadiri konsert tersebut. Ini kerana apabila walaupun sesetengah ulama' tidak mengharamkan hiburan namun kesemua ulama' mengharamkan hiburan yang mengandungi unsur-unsur maksiat yang nyata seperti pendedahan aurat, sorakan melampau peminat, & artis perempuan. Begitu juga dengan sistem undian sms yang tidak selari dengan hukum syarak.

Maka, marilah kita (penulis & pembaca) sama-sama menilai kembali kualiti solat kita..adakah sempurna rukunnya, adakah dapat mencegah kita daripada perkara keji & mungkar, adakah menjadi tenang jiwa kita, dan adakah merapatkan hubungan kita dengan Allah pencipta alam semesta?


Kemudian Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”
(Surah Al-Jathiya: ayat 18)
KATAKAN TIDAK KEPADA HIBURAN MAKSIAT!!

10 June 2011

::IBRAH DARIPADA BELACAN::

 Assalamualaikum WBT


Minda kita adalah alat yang menakjubkan. Apabila ia berfungsi dengan baik, ia mampu membawa kita ke puncak kejayaan. sebaliknya, apabila ia tidak berfungsi dengan baik, ia juga mapu membawa kita ke lurah kegagalan.

Boleh disimpulkan bahawa badan kita merupakan produk kepada makanan yang dimasukkan ke dalamnya. Dengan menggunakann prinsip yang sama, kita juga tahu akal adalah produk bagi perkara yang dimasukkan ke dalamnya.

Namun begitu, tidak seperti makanan bagi badan, yang mana boleh dibeli di kedai, makanan bagi minda adalah persekitarannya iaitu perkara yang mempengaruhi minda sedar dan bawah sedar.

Setiap daripada kita mewarisi potensi yang boleh dibangunkan. Walaupun begitu, berapa banyak potensi yang kita cungkil serta bangunkan, dan cara kita bangunkannya bergantung pada jenis "makanan minda" yang kita ambil.

Pemikiran, matlamat, sikap, dan peribadi kita turut dibentuk oleh persekitaran kita. Contohnya, interaksi yang berpanjangan dengan orang yang negatif menyebabkan pemikiran kita berubah negatif. Interaksi yang berpanjangan dengan orang yang cerewet menyebabkan kita menjadi orang yang cerewet.

Maka dengan itu, jika kita tidak mahu berbau seperti belacan, maka jangan pergi ke tempat si pembuat belacan.

Sebaliknya, interaksi yang berpanjangan dengan orang yang mempunyai idea-idea besar membantu meningkatkan tahap pemikiran kita.



SELALU MENDAMPINGI ULAMA' & ORANG ALIM

Saidina Ali R.A pernah berkata: "Hidupkanlah rasa taat kalian dengan berteman bersama orang yang selalu menghidupkan rasa taat kepada Allah".

Seperti yang saya telah sebutkan diatas, persekitaran membentuk personaliti dan pemikiran kita. Sesungguhnya, hampir kesemua tabiat kita sebenarnya berasal daripada persekitaran kita seperti daripada cara kita berjalan, cara percakapan, kesopanan akhlak sehingga kepaa kegemaran kita.

Dengan mendampingi para alim ulama', maka secara tidak langsung akan terpengaruh personaliti dan pemikiran kita ke arah rasa taat kepada Allah, pencipta sekalian makhluk. Kita akan sering diinatkan akan kebesaran Allah, ditegur segala kesilapan yang langsung mahupun tidak langsung, dibimbing ke arah jalan yang benar, sehingga kita terikut-ikut istiqamah dalam mentaati perintah Allah.

"Kawan yang baik membawa ke syurga, kawan yang jahat membawa ke neraka"

04 June 2011

::PETROL & ELEKTRIK::



Maksudnya :

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman atau selamat dari kedatangan seksaan kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur ?. Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan seksaan kami kepada mereka di waktu dhuha (pagi yang terang) ketika mereka sedang bermain ?. Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.

Al-A’raf: 96-99

Sejak akhir-akhir ini, kita sering tidak merasa aman dari dari seksaan Allah pada waktu malam di saat kita sedang tidur (akibat kenaikan tarif elektik) dan kita juga tidak merasa aman dari seksaan Allah pada waktu Dhuha, pagi yang terang (akibat kenaikan harga bahan api kenderaan)


Namun sedarlah bahawa semua seksaan Allah ini didatangkan berpunca dari kesilapan kita sendiri yang mendustakan ayat-ayat Allah dan juga salah kita yang memilih pemimpin yang mendustakan ayat-ayat Allah.

Ingatlah bahawa bencana azab boleh berlaku melalui tangan manusia sendiri 
yang memerintah dengan zalim dan fasiq atau bencana alam semula jadi. Cukuplah dengan permulaan amaran melalui kenaikan harga barang keperluan, kemiskinan dan pengangguran, jenayah dan maksiat, berbagai penyakit dan alam sekitar yang rosak. Semua gejala negatif ini merupakan bala yang memakan diri dan membawa kemusnahan.

Allah SWT telah membuktikan bahawa semua bangsa yang kuat berpegang 
dengan Islam menjadi bangsa yang memimpin dunia, walau pun bangsa itu dilahirkan di bumi yang kering tanpa hasil. Manakala umat Islam dari mana-mana bangsa pun sekiranya meninggalkan Islam walau pun ramai jumlah dan kaya raya, menjadi perosak, zalim dan lemah, seterusnya tidak layak memimpin dan akhirnya hancur musnah, walau pun menjadi kuasa besar dunia.

Maka menjadi tanggungjawab besar kita untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik yang tidak berlandaskan prinsip Islam.

P/S: Tulisan di atas adalah inti sari yang penulis dapat daripada Ucapan Dasar Tok Guru Haji Abdul Hadi. Jika pembaca merasakan bahawa penulisan ini lari daripada ucapan asal, sila beri teguran anda ye...