01 June 2011

::WAJAH PENDAKWAH SEBENAR::

Ketika membelek-belek buku "The 360 leader" edisi melayu beberapa minggu yang lepas, ada sesuatu yang telah membuka mindaku. satu cerita yang memberikan satu inspirasi yang luar biasa, yang mana membuatkan aku berangan-angan untuk mengikut jejak langkahnya.

Ceritanya bermula....

Pernah disebut kisah di mana pasukan bantuan ke afrika selatan menulis surat kepada David Livingstone, pendakwah dan pengembara (status agama tidak dinyatakan). surat itu berbunyi,"sudahkan tuan menemui jalan yang baik bagi tiba ke tempat tuan? Jika ada, kami ingin mengetahui bagaimana caranya kami dapat menghantar orang kepada tuan."

Livingstone menjawab,"sekiranya tuan mempunyai orang yang sanggup ke sini sekiranya ada jalan yang baik, saya tidak mahukan mereka. saya mahu orang yang sanggup datang ke sini walaupun tiada jalan."

Satu falsafah yang cukup mudah.

Kata John C. Maxwell dalam bukunya "the 360 Leader, "Individu berjaya sanggup melakukan kerja yang enggan dilakukan oleh individu yang kurang berjaya".

Seorang pendakwah dalam gerakan islam perlulah memiliki sifat pantang mengalah dalam apa jua situasi yang menyekatnya. mereka mstilah sanggup dan dapat berfikir di luar bidang tugas, sanggup melakukan tugas yang dipandang remeh oleh orang lain ataupun yang takut melakukannya demi melihat agama Islam itu sentiasa tertegak di atas bumi kurniaannya Allah ini.

Jadi, ayuhlah wahai pemuda & pemudi Islam, bangkitlah anda dalam menegakkan Islam walau apa pun cabaran dan juga situasi yang menyekat kita. jangan kita mudah mengalah dengan alasan-alasan bodoh yang tidak munasabah yang kita sendiri reka. sesungguhnya Allah itu tidak akan dapat ditipu selamanya, yang tertipu hanyalah kita.


“Di antara manusia ada yang mengatakan, “Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian.” Padahal mereka itu sesungguhnya bukanlah orang-orang yang beriman.”(8) “Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri, sedang mereka tidak sadar.” (9) “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah oleh Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (10)

(surah al-baqarah, ayat 8-10)

Moga kita dihindari Allah daripada sifat-sifat orang yamg munafik. Wasalam


P/S: tafsir berkenaan surah al-baqarah ayat 8-10 diatas sila cari sendiri ye. moga anda, pembaca setia tidak disesatkan oleh penulisan ini. 

No comments:

Post a Comment