04 June 2011

::PETROL & ELEKTRIK::



Maksudnya :

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman atau selamat dari kedatangan seksaan kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur ?. Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan seksaan kami kepada mereka di waktu dhuha (pagi yang terang) ketika mereka sedang bermain ?. Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.

Al-A’raf: 96-99

Sejak akhir-akhir ini, kita sering tidak merasa aman dari dari seksaan Allah pada waktu malam di saat kita sedang tidur (akibat kenaikan tarif elektik) dan kita juga tidak merasa aman dari seksaan Allah pada waktu Dhuha, pagi yang terang (akibat kenaikan harga bahan api kenderaan)


Namun sedarlah bahawa semua seksaan Allah ini didatangkan berpunca dari kesilapan kita sendiri yang mendustakan ayat-ayat Allah dan juga salah kita yang memilih pemimpin yang mendustakan ayat-ayat Allah.

Ingatlah bahawa bencana azab boleh berlaku melalui tangan manusia sendiri 
yang memerintah dengan zalim dan fasiq atau bencana alam semula jadi. Cukuplah dengan permulaan amaran melalui kenaikan harga barang keperluan, kemiskinan dan pengangguran, jenayah dan maksiat, berbagai penyakit dan alam sekitar yang rosak. Semua gejala negatif ini merupakan bala yang memakan diri dan membawa kemusnahan.

Allah SWT telah membuktikan bahawa semua bangsa yang kuat berpegang 
dengan Islam menjadi bangsa yang memimpin dunia, walau pun bangsa itu dilahirkan di bumi yang kering tanpa hasil. Manakala umat Islam dari mana-mana bangsa pun sekiranya meninggalkan Islam walau pun ramai jumlah dan kaya raya, menjadi perosak, zalim dan lemah, seterusnya tidak layak memimpin dan akhirnya hancur musnah, walau pun menjadi kuasa besar dunia.

Maka menjadi tanggungjawab besar kita untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik yang tidak berlandaskan prinsip Islam.

P/S: Tulisan di atas adalah inti sari yang penulis dapat daripada Ucapan Dasar Tok Guru Haji Abdul Hadi. Jika pembaca merasakan bahawa penulisan ini lari daripada ucapan asal, sila beri teguran anda ye...

No comments:

Post a Comment