04 October 2010

::HADIAH UNTUK KITA::

Diriwayatkan dari Abu Rafi r.a. bahawan Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Al-Abbas: "Wahai mamanda, sukakah kamu jika aku memberikan hadiah yang berguna kepadamu?" kata Al-Abbas: "Ya, aku suka ya..Rasulullah S.A.W., semoga anda tetap menjadi kesayanganku yang akan aku bela walaupun dengan mengorbankan kedua ibu bapaku."


Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai al-Abbas,sembahyanglah 4 rakaat dan bacalah pada tiap satubrakaat surah Al-Fatihah, kemudian sambung bacaan dengan surah lain setelah itu hendaklah kamu membaca Subhanallah, walhamdulillah, walaa illaha illallah, wallahu akbar sebanyak 15 kali, kemudian dalam rukuk hendaklah kamu membaca 10 kali, kemudian i'tidal hendaklah kamu membaca 10 kali, ketika sujud hendaklah kamu membaca 10 kali, duduk setelah sujud juga 10 kali dan apabila kali kedua sujud hendaklah dibaca 10 kali, kemudian duduk sesudah sujud hendaklah dibaca 10 kali sehingga ianya menjadi 75 kali bacaan tersebut dalam satu rakaat dan 300 kali jumlahnya bagi empat rakaat."
Kemudia Rasulullah S.A.W. bersabda lagi: "Wahai Al-Abbas, andaikata dosa-dosamu itu sebanyak pasir di Alij, nescaya akan diampunkan oleh Allah S.W.T."


Setelah mendengar penjelasan dari Rasulullah S.A.W. maka Al-Abbas berkata: "Ya..Rasulullah S.A.W., kalau saya tidak dapat melakukannya setiap hari, bagaimana?"


Rasulullah berkata: "kalau kamu tidak dapat mengerjakannya setiap hari, kerjakanlah setiap hari Jumaat." Al-Abbas bertanya lagi: "Bagaimana kalau saya tidak dapat melakukannya pada setiap hari Jumaat?"


Rasulullah menjawab: "Wahai Al-Abbas,sekiranya kamu tidak dapat melakukannya pada setiap Jumaat maka lakukanlah sebulan sekali."


Al-Abbas bertanya lagi: "Kalau saya tidak dapat melakukannya sebulan sekali
bagaimana?"


Rasulullah berkata: "Klau kamu tidak dapat melakukannya sebulan sekali maka bolehlah kamu melakukannya setahun sekali."


Ka'bul Ahbar berkata: "kalau seseorang itu dapat melihat pahala sembahyang sunat dua rakaat, sudah tentu dia akan melihat pahalanya lebih besar daripada bukit."


Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sembahyanglah kamu di rumahmu (yakni sembahyang sunat), dan jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur (yakni hanya tempat tidur)."


Rasulullah S.A.W. berkata: "Mengerjakan sembahyang sunat dalam rumah lebih afdal dari sembahyang di hadapan orang dan sembahyang fardu itu lebih afdal sembahyang berjemaah dari sembahyang bersendirian."


Mengerjakan sembahyang sunat dalam rumah adalahsebagai nur, oleh itu terangilah rumah kita dengan mengerjakan sembahyang sunat di rumah, dan mengerjakan sembahyang fardu berjemaah di masjid atau di surau.


Ingatlah setiap pesanan Rasulullah S.A.W. bukan ditujukan kepada seseorang itu sahaja, sebaliknya setiap pesanan Rasulullah S.A.W. itu ditujukan kepada semua umat
beliau (yakni kita).
--
“Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhir, maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.”


Diambil daripada http://www.ibtisamfahimah.blogspot.com/

01 October 2010

::ADVANTURE SI TILMIZ::


**Terima kasih kepada saudara Zulhilmi atas rekaan poster yang menarik ini.kredit kepada beliau

22 September 2010

::KETAKUTAN ITU MEMBAHAGIAKAN::


     Dalam sebuah Hadis Qudsi ada riwayat mengenai balasan yang diberikan Allah kepada mereka yang takut kepada-Nya.

     Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya,"Jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu.Kemudian taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazab aku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seorang pun di alam semesta.!" Ketika lelaki itu meninggal dunia,maka keluarganya melaksanakan apa yang diwasiatkan kepada mereka.Setelah lelaki itu dihidupkan kembali,Allah bertanya kepadanya "Mengapakah engkau melakukan ini?".Lalu lelaki itu menjawab "Kerana aku takut kpd-Mu wahai Tuhanku,dan Engkau lebih tahu semua itu". Akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah SWT.

     Begitulah indah dan nikmatnya ketakutan yang diciptakan oleh Allah. Sungguh, setiap yang diciptakan Allah itu adalah tidak sia-sia.


"TAKUT SELAIN KEPADA ALLAH"

     Hal yang perlu dikhuatiri adalah wujudnya sebilangan orang yang mendirikan solat, menunaikan haji, berpuasa dan solat tarawih, namun dalam diri mereka ada rasa takut kepada selain Allah.

     Mereka lebih takut kepada sesama manusia daripada Tuhan manusia. Lantas dimanakah letaknya perasaan takut kepada Allah SWT itu?

     Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menyebut: "Lawan Kepada (La~ ila~ha illallah~) adalah menyalah-ertikan rasa takut". Iaitu takut selain Allah melebihi ketakutan kepada Allah SWT.

     Allah SWT berfirman: "Dan hanya kepada-Ku lah kamu harus takut".(Al-Baqarah: 40)

     Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran: 175 yang bermaksud: "Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku (jangan cuaikan perintah-Ku), jika betul kamu orang-orang yang beriman".

      Allah SWT berfirman dalam surah Az-Zumar: 36 yang bermaksud: "Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hamba-Nya (yang bertakwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang slah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya".

     Seorang pemuda pernah datang ke sebuah hospital dan berkata: "Saya melihat banyak kaum wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Pakaian seperti itu dimurkai oleh Allah SWT".

     Lalu seseorang bertanya kepadanya: "Mengapa kamu tidak mencegah kemungkaran?" Pemuda itu menjawab: "Saya takut". Dia bertanya lagi: "Lalu mengapa di pagi hari engkau mengatakan: Saya reda kepada Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi, untuk apa engkau mengucapkan kalimat  (La~ ila~ha illallah~)?"

     Seorang pemuda melihat puluhan majalah lucah dijual, padalah satu majalah saja dapat menghancurkan satu bangsa. Cubalah tanya kepada pemuda tersebut, mengapa dia tidak melarangnya dengan baik-baik? Iaitu dengan bercakap kepada pemilik kedai, sebelum pemuda lain datang yntuk membeli, lalu majalah itu tersebar, dan beredar di tengah-tengah masyarakat.

     Maka pemuda itu akan  menjawab: "Saya takut". Kalau begitu mengapa di pagi hari engkau mengatakan: Saya reda kepada Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi?








     Takut adalah salah satu titik kelemahan pemuda Muslim, iaitu salah satu kekangan dalam (memikul) amanah risalah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

20 September 2010

::PENYESALAN SEORANG HAMBA::

"Perkara yang paling aku kesali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari,
umurku berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.."
-IBN MAS'UD R.

16 September 2010

::UCAPAN TERIMA KASIH::



Hanya Setangkai Selawat
Ku Utuskan Buat Mu
Tanda Cinta ku
Kepada Mu

Ucapan Terima Kasih
Ku Utuskan Buat Mu
Ku Syairkan
Hanya Untuk Mu

Namun Ku Pasti
Kan Mengalir Air Mata Mu
Andai kau Tahu Ummah Mu Kini
Telah Kembali Mencalari Agama Mu

Lirik Oleh: Ahmad Syukri Che Abd Razab
Lagu Oleh: Ahmad Syukri Che Abd Razab
Hak Cipta: Na'eem Resources dan AsasInsan Resources & Training

10 September 2010

::MENITI ATAS RAMBUT::

Terima kasih kepada Yusuf Hadhari atas artikel ini





     Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, iaitu Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a telah bertamu di rumah Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.

      Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut:
1)Mangkuk yang cantik.
2)Madu.
3)Sehelai rambut.

Abu Bakar r.a telah berkata:
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.

Umar r.a telah berkata:
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu laebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut.

Uthman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Ali r.a berkata:
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Fatimah r.a.ha telah berkata:
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s telah berkata:
“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan masa, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:
“Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat syurgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

     Muhasabah diri, lihatlah bagaimana Rasulullah SAW terus sahaja mengajak sahabatnya membuat perbandingan yang cenderung kepada mentauhidkan ALLAH, sedangkan kita lebih cenderung mencerca makanan bilamana terdapat rambut pada makanan kita.

04 September 2010

::SAKIT PENGHAPUS DOSA::

DERIA SAKIT

     Tidak ada orang yang ingin ditimpa penyakit. Namun sebagai insan yang dhaif,kita tidak terlepas dari menghadapi sakit. Dari perspektif Islam, derita sakit itu mengandungi hikmat tersendiri. Ahlus Syifa' yang menyarankan pendekatan yang secara amnya mengikuti ungkapan ini - "Pemulihan Diri Mu Bermula Dari Diri Mu". Dengan itu dalam menghadapai sakit dan  menjalani pemulihan kita harus melihat kepada penyembuhan rohani atau jiwa dahulu sebelum melengkapi penyembuhan fizikal untuk mencapai  Penyembuhan Sempurna. Manusia hanya mampu berusaha dan berikhtiar, namun Allah jualah yang menentukan segalanya.

SAKIT MENURUT ISLAM

     Dalam buku Panduan Menghadapi Sakit dan Kematian karya Ahmad Yani, disebutkan terdapat lima keutamaan sakit menurut Islam:

1. Menghapus Dosa

Ini merupakan keutamaan yang besar dari Allah Swt karena dengan sakit yang diderita oleh seorang muslim, dosa yang pernah dilakukannya bisa terhapus karena penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kafarat (penebus) dosanya, Rasulullah Saw bersabda:

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan),
diserang penyaki tatau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari).

Dari Abdullah r.a katanya :

“ Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ Ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

2. Tetap mendapat pahala amal kebaikan yang ia biasa lakukan sewaktu ia sihat

Hal ini kerana seseorang itu tidak mampu mengerjakan amal ibadahnya seperti selalu disebabkan sakitnya dan bukannya kerana ia malas. Contohnya kalau kita biasa ke masjid untuk solat berjamaah, tentu kita mendapatkan pahala yang besar, setiap langkahnya diangkat satu darjat dan dihapuskan satu kesalahannya kemudian malaikat akan terus mengucapkan selawat (meminta keampunan) kepadanya, selama dia masih berada di ruangan shalat tersebut , namun pada saat kita sakit tentu tidak dapat ke masjid namun kita tetap mendapat pahalanya. Rasulullah Saw bersabda:

“Apabila salah seorang hamba sakit atau bepergian (safar), maka Allah mancatat
pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya sewaktu ia
tidak bepergian atau sihat.” (HR. Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah Saw bersabda yang menguatkan hadis di atas:

“Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti
yang biasa ia lakukan ketika sehat.” (HR. Abu Hanifah).

3.Memperolehi pahala kebaikan

Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang muslim yang sabar dalam menghadapi penyakit maka baginya pahala kebaikan. Rasulullah Saw bersabda:
“Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (HR. Bukhari).

Di dalam hadis lain , Rasulullah Saw bersabda:

Barangsisapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya,
maka dia (diuji) dengan suatu musibah. (HR. Bukhari).

4.Memperolehi darjat yang tinggi disisi Allah SWT

Hal ini karena di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, bila seorang muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka ia juga dapat memperoleh darjat yang tinggi itu dengan musibah atau penyakit yang dideritanya, misalnya mati syahid merupakan kematian yang sangat mulia, ia dapat dicapai dengan cara berperang di jalan Allah dan mati pada saat peperangan itu. Namun bila seseorang itu ingin memperoleh kematian yang mulia itu, tapi perang di jalan Allah tidak terjadi, maka ia tetap boleh mendapatkan darjat mati syahid dengan penyakit yang menimpa sehingga menyebabkan kematiannya, sebagaimana Rasulullah saw bersabda:

“Wabak adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap muslim.”(HR. Bukhari) 
Di dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda:

“Seorang hamba memiliki suatu darajat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (HR. Thabrani)
 

5. Memperoleh Ganjaran Berupa Syurga

Manakala seorang muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran, misalnya penyakit yang sangat menyulitkan dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah saw bersabda:

Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar,
maka Aku ganti kedua matanya itu dengan surga.” (HR. Ahmad).

Dengan demikian, meskipun tidak menyenangkan, sakit merupakan ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita maupun keluarganya.
AMALAM SEMASA SAKIT 

1. ORANG YANG MENDERITA SAKIT

Diriwayatkan dari Uthman bin Abu Al Ash bahawa ia pernah mengadu kepada Nabi Muhammad SAW tentang badannya yang sakit sejak ia memeluk Islam. Lalu Baginda berkata padanya, letakkan tanganmu di bahagian yang sakit dan bacalah Bismillah 3 kali dan doa berikut ini 7 kali.

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagunganmu Ya Allah dari keburukan 
rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” 
(Hadis riwayat Imam Muslim, Malik, Abu Daud dan Al Termidzi)

2. ORANG YANG MENJAGA DAN MENZIARAHI ORANG SAKIT

Orang yang menjaga orang sakit diminta sentiasa membaca doa doa kesembuhan seperti disarankan membaca
  • Al Fatihah sebagai penyembuh
  • Surah Yasin dan sebagainya

3. ORANG YANG MENZIARAHI ORANG SAKIT

Diriwayatkan dari Tsauban bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sesiapa yang menengok (menziarahi) orang sakit maka ia berada di kebun Syurga 
hingga ia kembali pulang."
(Hadis Riwayat Muslim dan Al Termidzi)

P/S: sedikit peringatan untuk diriku yang sedang sakit ini. (Ya Allah,jika sakit itu lebih baik bagiku,aku redha kepada-Mu Ya Allah. Namun, jika sihat itu lebih bermanfaat bagi diriku dan agama-Mu, sembuhkanlah aku Ya Allah)

                Amalan ketika sakit

01 September 2010

::ISLAM PULA DIPERMAINKAN::

SELASA 31 OGOS 2010

     Aku mandi agak lambat hari ini. Selesai mandi aku menuju ke bilikku yang terletak betul-betul dihadapan tandas. Aku menghampiri almari bajuku untuk mencari pakaian paling bergaya untuk disarungkan. Kelihatan teman sebilikku, nasrol sedang sibuk dengan komputer ribanya. Tengah melayan internet. Sedang aku memakai baju, terdengar suara daripada komputer riba teman sebilikku. Beliau sedang melihat sesuatu.

TERKEJUT

     Nasrol sedang mendengar satu ceramah. Bersyukur dan berbangga aku kepada teman sebilikku. Di pagi 10 malam terakhir ramadhan dan di hari kemerdekaan malaysia, temanku ini memilih untuk mendengar ceramah. Terdengar bacaan Al-Fatihah yang dialunkan oleh si penceramah. Sedap bunyinya. Aku segera ke komputer ribaku untuk melayari internet. Sayu-sayu terdengar butir-butir ceramah yang menghairankan.
"Nabi Muhammad SAW tidak yakin bahawa ajaran yang dibawanya merupakan ajaran yang lurus,kata si penceramah". Aku kini kembali meneliti butir-butir yang diucapkan oleh si penceramah. "Jangan dekati zina....Nabi Muhammad isterinya sampai 23 orang....orang dewasa yang bernafsu kepada budak-budak" dan kemudian "Makaikat orang islam rabun malam,sebab itu la orang melayu terpaksa menyalakan lampu pelita di 10 malam terakhir ramadhan takut-takut malaikat mereka terlanggar tiang elektrik". Ya ALLAH, ceramah apa ni!!


     Lantas aku bangun dari meja belajarku menuju ke teman sebilikku. Terlihat seorang yang bertubuh besar sedang memberi ceramah. Namun, butir-butirnya seakan-akan menghina islam. Dengan penuh tanda tanya, aku bertanya kepada teman bilikku, "Ceramah apa ini?". Lantas beliau menjawab, "Video Paderi menghina Islam". Terkejut aku dibuatnya. Memang, butir-butir percakapannya sangat menghina islam dan mampu menyakitkan hati sesiapa sahaja hatta dia seorang islam pada nama. Sambil menahan geram dihati, aku mengingatkan kepada teman bilikku supaya mendownload video tersebut.

     Di bawah ini merupakan video tersebut. Aku mengingatkan supaya tidak terpengaruh kepada video ini. Tingkatkanlah ilmu kalian mengenai Islam dan jika bertemu dengan peristiwa ini, bidaslah dengan bijaksana dan berhikmah sebagaimana berhikmahnya Muhammad Ayyas membidas kata-kata Doktor Anastasia Palazzo dan hujah Viktor Murasov dalam novel "Bumi Cinta" karya Habiburrahman El Shirazy.




30 August 2010

::HARI PERTAMA YANG TELAH BERLALU::

     Alhamdulillah. Hari pertama exam mid-sem telah berlalu. Moga-moga ia memberi pengajaran dan ikhtibar serta menjadi motivasi kepada kita agar lebih gigih berusaha dalam menghadapi subjek seterusnya. Tebuslah segala penyesalan yang kita lakukan dalam menghadapi hari pertama yang telah berlalu.
 
      Saiyidina Ali radhiyAllahu 'anhu pernah berkata yang lebih kurang berikut:

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."

atau

"Sesiapa yang hari ini lebih baik dari hari kemarin maka dia termasuk orang yang berjaya, yang hari ini sama seperti kemarin dia termasuk orang yang rugi dan yang hari ini lebih buruk dari kemarin dia termasuk orang yang celaka"


KETIKA KELUAR DARI DEWAN PEPERIKSAAN



     Lega rasanya bila keluar dari dewan periksa. Setelah bertungkus-lumus memerah segala isi otak yang ada akhirnya dapat disiapkan kertas jawapan yang di atasnya tertulis jawapan-jawapan yang tidak yakin. Dalam perjalanan menuju ke bilik ku, terfikir aku akan keadaanku semasa menjawab exam.

"Nak kata senang, tak jugak. Nak kata susah, memang la susah. Tapi asal aku lepak je jawab tadi.
Keluar je, dah tak fikir apa dah."

     Begitulah pertolongan dan ketenangan jiwa yang dikurniakan oleh ALLAH kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya hatta kepada mereka yang fasik kepadanya. Moga segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, mendekatkan lagi kita kepadanya.

     Aku bertanya lagi kepada diriku sendiri. "Tapi kenapa pulak Pointer aku asyik rendah je..hmm..". Lantas aku memuhasabah kembali diri sendiri. Kejayaan dan kegagalan yang aku tempuhi selama ini adalah kurniaan dari Allah di atas segala usaha yang aku curahkan selama ini. Ianya tidak lain tidak bukan hanyalah ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan hambanya yang dhaif. Adalah tidak mungkin Allah mengirimkan ilmu-ilmu dan ilham yang tidak aku pelajari semasa menjawab exam (hal yang berbeza mungkin berlaku pada alim ulama' dan rasanya diriku masih jauh untuk mencapai tahap tersebut). Sesungguhnya semuanya berpunca pada diriku sendiri. Hanya aku lah yang dapat mengubah segala sikap-sikap burukku. Anjakan paradigma dalam diri sebenarnya yang memotivasikan diri kearah kejayaan (moga-moga engkau mengurniakan daku anjakan ini agar aku lebih mendekatimu dan mentaatimu, Ya Allah).


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang
mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
Maksud Surah Ar-Ra'd ayat 11

29 August 2010

::SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN::


     Musim peperiksaan telah pun menziarahi kita. Semua mahasiswa sedang sibuk membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan pertengahan semester kali ini. Pelbagai luahan,rungutan dan keresahan dapat didengari. Ada yang bagaikan tidak percaya peperiksaan telah menjelang. Tanpa kita sedari juga bermula esok kita akan menjejakkan kaki ke 10 malam terakhir ramadhan. Begitu rahmatnya peperiksaan kali ini kerana jatuh pada 10 malam terakhir ramadhan. Moga-moga dengan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada Bulan ramadhan ini dapat kita gunakan untuk beribadah dan mengulang kaji sehabis mungkin.

     Dalam kita sibuk mengulangkaji pelajaran, janganlah kita meninggalkan kewajipan kita sebagai hamba Allah. Sentiasalah kita mengharapkan pertolongan dari Allah. Ingatlah puisi indah dari Ibnu Athaillah yang begitu halus dan dahsyat makna dan maksudnya:

"Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan"

     Bagi seorang yang mencari keredhaan Allah, terdapat permulaan atau bidayah dan terdapat juga akhiran atau nihayah. Permulaan bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah adalah langkahnya menjalani kehidupan, dan pengakhirannya adalah ketibaannya di hadapan Allah. Apabila sejak dari awal langkahnya memulakan perjalanan, orang itu sudah benar-benar kembali kepada Allah, berjalan menuju Allah dengan sepenuhnya, makan peluang kejayaannya untuk sampai kepada keredhaan Allah sangat besar. Ini adalah kerana Allah pasti menolongnya sejak dari pertama kali dia memulakan langkahnya. Allah akan menjaganya agar tidak terputus perjalanannya itu dan jatus di pertengahan jalan.

     Akan tetapi jika di awal langkahnya dia tidak kembali kepada Allah, tidak meminta pertolongan Allah, dia akan terlempar kembali ke tempat dia memulakan perjalanannya, dan dia tidak akan sampai kepada Allah. Seorang ulama yang hatinya diterangi oleh  cahaya Allah mengatakan "sesiapa yang menjangka dirinya dapat sampai kepada Allah dengan pengantar selain daripada Allah, maka Allah memutuskan perjalanannya. Dan barangsiapa yang beribadah dengan berpegang kepada kekuatannya sendiri, maka Allah menyerahkan urusan idabahnya kepada kekuatannya sendiri, Allah tidak akan menolongnya.

::AL-QURAN YANG DITURUNKAN::













VS




Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell  phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the  bill.

Makes you stop and think 'where are our priorities? And no dropped calls!

28 August 2010

::KEUNTUNGAN YANG LEBIH BAIK::


     Hazrat ‘Uqbah bin Amir RA berkata, “Rasulullah SAW datang kepada kami sedang duduk di atas ’suffah’ dan bertanya, “Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau ‘Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan (tali) silatur-rahim?” Kami menjawab, “setiap orang daripada kami akan menyukainya,” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada tiga ekor unta betina, dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan.”
(Muslim dan Abu Daud)


Kisah Tauladan Berkaitan Hadis:

          Mulla Ali Qari telah menulis mengenai seorang sheikh yang soleh yang ke Mekah bertujuan menunaikan ibadat haji. Bila sampai di Jeddah, sebilangan rakannya yang di dalam perniagaan meminta supaya ia memanjangkan masa tinggal disitu agar mereka mendapat keuntungan yang lebih dalam perdagangan mereka bersempena berkat kehadirannya. Pada awalnya sheikh itu memberi alasan keuzuran untuk memanjangkan masa tinggalnya di situ, namun setelah didesak rakannya maka sheikh itu bertanya pada mereka akan keuntungan maksimum yang mereka perolehi hasil dagangan mereka. Mereka menerangkan yang untungnya tidaklah sama dalam semua hal namun maksimumnya boleh mencapai 100%. Sheikh kemudiannya menjawab, “Kamu telah bersusah payah demi keuntungan yang sedikit ini, untuk keuntungan yang tidak seberapa ini aku tidak mahu terlepas solat di Masjidil Haram yang mana ganjarannya bagi solat akan digandakan 100,000 kali.

           Hakikatnya kita sebagai seorang Islam hendaklah memikirkan tentang bagaimana kita kadangkala mengorbankan keuntungan kerohanian yang sangat besar demi mendapat keuntungan dunia yang sedikit.

30 July 2010

::Surah At-taubah::

Surah at-Taubah : 38 - 42

38. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, ''Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,''kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat mu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

26 April 2010

Nama Allah terus dipermainkan!

From REMAJA MASJID YAHOO GROUP

Dari laman : http://cenkodokmasi n.blogspot. com/

-IN THE NAME OF ALLAH-

sedih.. marah.. pilu.. bengang.. kecewa.. geram..
saling bercampur aduk bergaul rasa..
berkemacuk di dada ku ini..

wahai sahabat...wahai teman..
izinkan ku berbicara..
hati ini merintih sayu..
pedih yang teramat-amat mengenangkan
nasib dirimu dan diriku...
sahabat...
masa berlalu begitu pantas..
tanpa kita sedar kita terus ditindas dan ditindas..
namun 
kita masih lagi leka dan alpa..
hanyut dalam dunia khayalan..
sahabat..
bangunlah..bangkitl ah..

lihatlah sahabat...

20 April 2010

Amal mana yang Allah redha nie?


Assalamualaikum dan salam tarbiah buat teman,

Selama kita menunaikan solat,melakukan ibadah, amal ma'ruf nahi mungkar, sesungguhnya kita sendiri tidak pasti diantara kesemua amalan yg kita laksanakan, manakah amalan yang kita lakukan itu mendapat redha dari Allah,diterima oleh Allah.

18 March 2010

KONSERT LIFELINE 4 GAZA!!!

Zionis ceroboh arah kiblat Masjid al-Aqsa.


Rabu , 17/03/2010 – Pada hari Selasa Ahad (14/3), berpuluh-puluh tentera Zionis menceroboh bahagian selatan masjid al-Aqsa dan bertindak menghalau kira-kira 20 orang yang sedang beriktikaf dan sembahyang di dalamnya menggunakan kekerasan, sehingga menyebabkan beberapa orang yang bertahan di dalamnya mengalami kecederaan.
Beberapa sumber tempatan memaklumkan kepada Pusat Media Palestin bahawa berpuluh-puluh tentera Zionis melakukan pencerobohan tersebut secara mengejut. Mereka juga menghalau orang-orang yang sedang beriktikaf di dalamnya melalui salah sebuah pintu dan menghalang daripada masuk kembali ke dalam masjid serta merampas kad pengenalan.
Beberapa orang penduduk bandar al-Quds dari kalangan rakyat Palestin yang tinggal di situ melakukan iktikaf di dalam masjid al-Qibli selepas solat Isyak, setelah beberapa orang ulama menyeru agar mereka bertahan di dalam masjid al-Aqsa, selepas ancaman berulang kali daripada pihak Zionis untuk menceroboh masjid tersebut.
Perlu dinyatakan bahawa masjid al-Qibli adalah terletak di bahagian selatan daripada masjid al-Aqsa, iaitu arah kiblat dan merupakan ruang solat utama bagi kaum lelaki dan tempat imam di dalam masjid al-Aqsa.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

KONGRES MAHASISWA NASIONAL 2010