28 August 2010

::KEUNTUNGAN YANG LEBIH BAIK::


     Hazrat ‘Uqbah bin Amir RA berkata, “Rasulullah SAW datang kepada kami sedang duduk di atas ’suffah’ dan bertanya, “Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau ‘Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan (tali) silatur-rahim?” Kami menjawab, “setiap orang daripada kami akan menyukainya,” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada tiga ekor unta betina, dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan.”
(Muslim dan Abu Daud)


Kisah Tauladan Berkaitan Hadis:

          Mulla Ali Qari telah menulis mengenai seorang sheikh yang soleh yang ke Mekah bertujuan menunaikan ibadat haji. Bila sampai di Jeddah, sebilangan rakannya yang di dalam perniagaan meminta supaya ia memanjangkan masa tinggal disitu agar mereka mendapat keuntungan yang lebih dalam perdagangan mereka bersempena berkat kehadirannya. Pada awalnya sheikh itu memberi alasan keuzuran untuk memanjangkan masa tinggalnya di situ, namun setelah didesak rakannya maka sheikh itu bertanya pada mereka akan keuntungan maksimum yang mereka perolehi hasil dagangan mereka. Mereka menerangkan yang untungnya tidaklah sama dalam semua hal namun maksimumnya boleh mencapai 100%. Sheikh kemudiannya menjawab, “Kamu telah bersusah payah demi keuntungan yang sedikit ini, untuk keuntungan yang tidak seberapa ini aku tidak mahu terlepas solat di Masjidil Haram yang mana ganjarannya bagi solat akan digandakan 100,000 kali.

           Hakikatnya kita sebagai seorang Islam hendaklah memikirkan tentang bagaimana kita kadangkala mengorbankan keuntungan kerohanian yang sangat besar demi mendapat keuntungan dunia yang sedikit.

No comments:

Post a Comment