30 August 2010

::HARI PERTAMA YANG TELAH BERLALU::

     Alhamdulillah. Hari pertama exam mid-sem telah berlalu. Moga-moga ia memberi pengajaran dan ikhtibar serta menjadi motivasi kepada kita agar lebih gigih berusaha dalam menghadapi subjek seterusnya. Tebuslah segala penyesalan yang kita lakukan dalam menghadapi hari pertama yang telah berlalu.
 
      Saiyidina Ali radhiyAllahu 'anhu pernah berkata yang lebih kurang berikut:

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."

atau

"Sesiapa yang hari ini lebih baik dari hari kemarin maka dia termasuk orang yang berjaya, yang hari ini sama seperti kemarin dia termasuk orang yang rugi dan yang hari ini lebih buruk dari kemarin dia termasuk orang yang celaka"


KETIKA KELUAR DARI DEWAN PEPERIKSAAN



     Lega rasanya bila keluar dari dewan periksa. Setelah bertungkus-lumus memerah segala isi otak yang ada akhirnya dapat disiapkan kertas jawapan yang di atasnya tertulis jawapan-jawapan yang tidak yakin. Dalam perjalanan menuju ke bilik ku, terfikir aku akan keadaanku semasa menjawab exam.

"Nak kata senang, tak jugak. Nak kata susah, memang la susah. Tapi asal aku lepak je jawab tadi.
Keluar je, dah tak fikir apa dah."

     Begitulah pertolongan dan ketenangan jiwa yang dikurniakan oleh ALLAH kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya hatta kepada mereka yang fasik kepadanya. Moga segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, mendekatkan lagi kita kepadanya.

     Aku bertanya lagi kepada diriku sendiri. "Tapi kenapa pulak Pointer aku asyik rendah je..hmm..". Lantas aku memuhasabah kembali diri sendiri. Kejayaan dan kegagalan yang aku tempuhi selama ini adalah kurniaan dari Allah di atas segala usaha yang aku curahkan selama ini. Ianya tidak lain tidak bukan hanyalah ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan hambanya yang dhaif. Adalah tidak mungkin Allah mengirimkan ilmu-ilmu dan ilham yang tidak aku pelajari semasa menjawab exam (hal yang berbeza mungkin berlaku pada alim ulama' dan rasanya diriku masih jauh untuk mencapai tahap tersebut). Sesungguhnya semuanya berpunca pada diriku sendiri. Hanya aku lah yang dapat mengubah segala sikap-sikap burukku. Anjakan paradigma dalam diri sebenarnya yang memotivasikan diri kearah kejayaan (moga-moga engkau mengurniakan daku anjakan ini agar aku lebih mendekatimu dan mentaatimu, Ya Allah).


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang
mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
Maksud Surah Ar-Ra'd ayat 11

No comments:

Post a Comment