01 September 2010

::ISLAM PULA DIPERMAINKAN::

SELASA 31 OGOS 2010

     Aku mandi agak lambat hari ini. Selesai mandi aku menuju ke bilikku yang terletak betul-betul dihadapan tandas. Aku menghampiri almari bajuku untuk mencari pakaian paling bergaya untuk disarungkan. Kelihatan teman sebilikku, nasrol sedang sibuk dengan komputer ribanya. Tengah melayan internet. Sedang aku memakai baju, terdengar suara daripada komputer riba teman sebilikku. Beliau sedang melihat sesuatu.

TERKEJUT

     Nasrol sedang mendengar satu ceramah. Bersyukur dan berbangga aku kepada teman sebilikku. Di pagi 10 malam terakhir ramadhan dan di hari kemerdekaan malaysia, temanku ini memilih untuk mendengar ceramah. Terdengar bacaan Al-Fatihah yang dialunkan oleh si penceramah. Sedap bunyinya. Aku segera ke komputer ribaku untuk melayari internet. Sayu-sayu terdengar butir-butir ceramah yang menghairankan.
"Nabi Muhammad SAW tidak yakin bahawa ajaran yang dibawanya merupakan ajaran yang lurus,kata si penceramah". Aku kini kembali meneliti butir-butir yang diucapkan oleh si penceramah. "Jangan dekati zina....Nabi Muhammad isterinya sampai 23 orang....orang dewasa yang bernafsu kepada budak-budak" dan kemudian "Makaikat orang islam rabun malam,sebab itu la orang melayu terpaksa menyalakan lampu pelita di 10 malam terakhir ramadhan takut-takut malaikat mereka terlanggar tiang elektrik". Ya ALLAH, ceramah apa ni!!


     Lantas aku bangun dari meja belajarku menuju ke teman sebilikku. Terlihat seorang yang bertubuh besar sedang memberi ceramah. Namun, butir-butirnya seakan-akan menghina islam. Dengan penuh tanda tanya, aku bertanya kepada teman bilikku, "Ceramah apa ini?". Lantas beliau menjawab, "Video Paderi menghina Islam". Terkejut aku dibuatnya. Memang, butir-butir percakapannya sangat menghina islam dan mampu menyakitkan hati sesiapa sahaja hatta dia seorang islam pada nama. Sambil menahan geram dihati, aku mengingatkan kepada teman bilikku supaya mendownload video tersebut.

     Di bawah ini merupakan video tersebut. Aku mengingatkan supaya tidak terpengaruh kepada video ini. Tingkatkanlah ilmu kalian mengenai Islam dan jika bertemu dengan peristiwa ini, bidaslah dengan bijaksana dan berhikmah sebagaimana berhikmahnya Muhammad Ayyas membidas kata-kata Doktor Anastasia Palazzo dan hujah Viktor Murasov dalam novel "Bumi Cinta" karya Habiburrahman El Shirazy.




No comments:

Post a Comment