22 September 2010

::KETAKUTAN ITU MEMBAHAGIAKAN::


     Dalam sebuah Hadis Qudsi ada riwayat mengenai balasan yang diberikan Allah kepada mereka yang takut kepada-Nya.

     Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya,"Jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu.Kemudian taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazab aku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seorang pun di alam semesta.!" Ketika lelaki itu meninggal dunia,maka keluarganya melaksanakan apa yang diwasiatkan kepada mereka.Setelah lelaki itu dihidupkan kembali,Allah bertanya kepadanya "Mengapakah engkau melakukan ini?".Lalu lelaki itu menjawab "Kerana aku takut kpd-Mu wahai Tuhanku,dan Engkau lebih tahu semua itu". Akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah SWT.

     Begitulah indah dan nikmatnya ketakutan yang diciptakan oleh Allah. Sungguh, setiap yang diciptakan Allah itu adalah tidak sia-sia.


"TAKUT SELAIN KEPADA ALLAH"

     Hal yang perlu dikhuatiri adalah wujudnya sebilangan orang yang mendirikan solat, menunaikan haji, berpuasa dan solat tarawih, namun dalam diri mereka ada rasa takut kepada selain Allah.

     Mereka lebih takut kepada sesama manusia daripada Tuhan manusia. Lantas dimanakah letaknya perasaan takut kepada Allah SWT itu?

     Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menyebut: "Lawan Kepada (La~ ila~ha illallah~) adalah menyalah-ertikan rasa takut". Iaitu takut selain Allah melebihi ketakutan kepada Allah SWT.

     Allah SWT berfirman: "Dan hanya kepada-Ku lah kamu harus takut".(Al-Baqarah: 40)

     Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran: 175 yang bermaksud: "Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku (jangan cuaikan perintah-Ku), jika betul kamu orang-orang yang beriman".

      Allah SWT berfirman dalam surah Az-Zumar: 36 yang bermaksud: "Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hamba-Nya (yang bertakwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang slah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya".

     Seorang pemuda pernah datang ke sebuah hospital dan berkata: "Saya melihat banyak kaum wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Pakaian seperti itu dimurkai oleh Allah SWT".

     Lalu seseorang bertanya kepadanya: "Mengapa kamu tidak mencegah kemungkaran?" Pemuda itu menjawab: "Saya takut". Dia bertanya lagi: "Lalu mengapa di pagi hari engkau mengatakan: Saya reda kepada Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi, untuk apa engkau mengucapkan kalimat  (La~ ila~ha illallah~)?"

     Seorang pemuda melihat puluhan majalah lucah dijual, padalah satu majalah saja dapat menghancurkan satu bangsa. Cubalah tanya kepada pemuda tersebut, mengapa dia tidak melarangnya dengan baik-baik? Iaitu dengan bercakap kepada pemilik kedai, sebelum pemuda lain datang yntuk membeli, lalu majalah itu tersebar, dan beredar di tengah-tengah masyarakat.

     Maka pemuda itu akan  menjawab: "Saya takut". Kalau begitu mengapa di pagi hari engkau mengatakan: Saya reda kepada Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi?








     Takut adalah salah satu titik kelemahan pemuda Muslim, iaitu salah satu kekangan dalam (memikul) amanah risalah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment