10 June 2011

::IBRAH DARIPADA BELACAN::

 Assalamualaikum WBT


Minda kita adalah alat yang menakjubkan. Apabila ia berfungsi dengan baik, ia mampu membawa kita ke puncak kejayaan. sebaliknya, apabila ia tidak berfungsi dengan baik, ia juga mapu membawa kita ke lurah kegagalan.

Boleh disimpulkan bahawa badan kita merupakan produk kepada makanan yang dimasukkan ke dalamnya. Dengan menggunakann prinsip yang sama, kita juga tahu akal adalah produk bagi perkara yang dimasukkan ke dalamnya.

Namun begitu, tidak seperti makanan bagi badan, yang mana boleh dibeli di kedai, makanan bagi minda adalah persekitarannya iaitu perkara yang mempengaruhi minda sedar dan bawah sedar.

Setiap daripada kita mewarisi potensi yang boleh dibangunkan. Walaupun begitu, berapa banyak potensi yang kita cungkil serta bangunkan, dan cara kita bangunkannya bergantung pada jenis "makanan minda" yang kita ambil.

Pemikiran, matlamat, sikap, dan peribadi kita turut dibentuk oleh persekitaran kita. Contohnya, interaksi yang berpanjangan dengan orang yang negatif menyebabkan pemikiran kita berubah negatif. Interaksi yang berpanjangan dengan orang yang cerewet menyebabkan kita menjadi orang yang cerewet.

Maka dengan itu, jika kita tidak mahu berbau seperti belacan, maka jangan pergi ke tempat si pembuat belacan.

Sebaliknya, interaksi yang berpanjangan dengan orang yang mempunyai idea-idea besar membantu meningkatkan tahap pemikiran kita.



SELALU MENDAMPINGI ULAMA' & ORANG ALIM

Saidina Ali R.A pernah berkata: "Hidupkanlah rasa taat kalian dengan berteman bersama orang yang selalu menghidupkan rasa taat kepada Allah".

Seperti yang saya telah sebutkan diatas, persekitaran membentuk personaliti dan pemikiran kita. Sesungguhnya, hampir kesemua tabiat kita sebenarnya berasal daripada persekitaran kita seperti daripada cara kita berjalan, cara percakapan, kesopanan akhlak sehingga kepaa kegemaran kita.

Dengan mendampingi para alim ulama', maka secara tidak langsung akan terpengaruh personaliti dan pemikiran kita ke arah rasa taat kepada Allah, pencipta sekalian makhluk. Kita akan sering diinatkan akan kebesaran Allah, ditegur segala kesilapan yang langsung mahupun tidak langsung, dibimbing ke arah jalan yang benar, sehingga kita terikut-ikut istiqamah dalam mentaati perintah Allah.

"Kawan yang baik membawa ke syurga, kawan yang jahat membawa ke neraka"

No comments:

Post a Comment