20 May 2011

::REALITI SEORANG PENUNTUT RADIOTERAPI::

Dalam merawat penyakit kanser, terdapat 3 method utama yang djalankan pada masa kini iaitu, pembedahan, rawatan kemoterapi yang menggunakan bahan kimia cytotocix, dan rawatan radioterapi yang menggunakan radiasi.


Pembedahan akan membuang sel-sel kanser pada anggota badan. Radioterapi pula akan membunuh sel-sel kanser yang sukar dibuang dan yang masih tertinggal selepas pembedahan. Manakala, kemoterapi pula akan membunuh sel-sel kanser yang cuba merebak melalui saluran darah dan limpa.

Namun, apakah yang akan berlaku jika salah satu daripada method ini tidak digunakan?

Bagi penyakit kanser peringkat awal, kemungkinan untuk sembuh adalah tinggi walaupun menggunakan satu method sahaja iaitu pembedahan.


Namun, bagi penyakit kanser peringkat akhir, pengabaian salah satu method akan menyebabkan bukan sahaja tidak mengubati kanser tersebut, malah, berkemungkinan ianya akan merebak ke bahagian anggota badan lain seterusnya menyebabkan peratusan untuk terus menjalani kehidupan semakin menurun. Demikianlah reality mereka yang menghidapi kanser peringkat akhir.


Dan apabila ketiga-tiga method rawatan dijalankan, peratusan untuk sembuh dan menjalani kehidupan yang baik menjadi tinggi.



Jadi, disini penulis ingin bertanya kepada pembaca semua, adakah anda ingin menjalani semua rawatan yang ditawarkan, atau memilih mana-mana yang berkenan di hati??


Sekarang cuba kita berubah topic perbincangan kepada konteks dakwah pula.

Masalah yang melanda umat islam kini hari semakin meruncing. Dan ianya adalah berbeza-beza dan pelbagai mengikut tempat dan lapisan umur.

Maka, cara pengubatinya hanyalah dengan method penerapan Islam yang syumul secara holistic.

Dakwah Islam mestilah dilakukan kepada semua aspek, dari segi, dakwah amah, dakwah fardiyah, ekonomi, social dan mualamat, politik dan sebagainya. Pengabaian mana-mana aspek akan menyebabkan barah(kanser) ummat akhir zaman semakin meruncing dan merebak sehingga ke merata tempat.

Masalah yang melanda setiap individu adalah berbeza dan pelbagai. Ada barah peringkat awal, ada barah peringkat akhir. Maka, pendekatan juga berbeza. Rawatan mestilah dilakukan secara menyeluruh ke semua peringkat. Seperti juga rawatan pembedahan pada kawasan penyakit, rawatan kemoterapi untuk yang telah merebak. Dan dakwah fardiyah pula mungkin kita boleh samakan dengan peranan radioterapi yang mencari sisa-sisa baki permasalahan ummat secara spesifik dalam diri individu (boleh disamakan dengan kawasan pembedahan).

Maka, saranan penulis di sini adalah, bergiatlah secara menyeluruh dalam misi menegakkan agama Islam pada tempat yang tertinggi

Dinihari ini, ada ramai pihak yang menolak pendekatan-pendekatan seperti ekonomi, politik, social (mencegah mungkar) dan sebagainya. Sebaliknya hanya menumpukan kepada pembangunan individu sahaja. Ianya dilihat tidak banyak membantu dalam pembangunan Islam malahan berkemungkinan berlakunya pembaziran tenaga dalam ingin mengekalkan individu yang didakwah daripada ancaman luar sedangkan kita tidak melakukan sebarang tindakan untuk menghalau ancaman tersebut. Maka, selamanya ancaman itu terus wujud.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment